Ditubuh pada tahun 2020, YLC Trademark Consultancy berusaha untuk melindungi hak harta intelek (IP) pelanggan-pelanggannya melalui pendaftaran di Malaysia dan di peringkat global.
Dengan pejabat korporat kami yang terletak secara strategik di Johor Bahru, kami dapat membekalkan perkhidmatan berkaitan IP yang mudah diakses dan berkualiti kepada pelanggan-pelanggan kami, tidak kira sama ada pelanggan-pelanggan kami adalah syarikat multinasional, perbadanan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) atau peniaga individu.
Matlamat utama kami adalah untuk bertindak sebagai guardian hak harta intelek pelanggan-pelanggan kami. Dengan bantuan ejen cap dagangan/peguam IP kami yang berpengalaman, kami berharap kami dapat meningkatkan jenama pelanggan kami dan memudahkan pertumbuhan mereka, dengan kepercayaan yang semakin mendalam dan hubungan yang saling memuaskan.
* Anda boleh mulakan perjalanan bersama kami dengan klik di sini
Encik Ryan Yeo Ze Ren
Ejen Cap Dagangan yang berdaftar (MYA/2021/0024)
Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya (BC/Y/757)
Encik Ryan Yeo Ze Ren memegang Ijazah Undang-Undang LL.B (Hons) dari University of London. Beliau juga seorang peguam yang memberi tumpuan terutamanya kepada litigasi dan perkara berkaitan korporat.
Beliau telah dianugerahkan sebagai ejen Cap Dagangan berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Peranan utama beliau dalam YLC adalah memberikan nasihat undang-undang untuk perkara berkaitan IP, mengurus profil cap dagangan klien, dan menghadiri perbicaraan di hadapan Pendaftar Perbadanan Harta Intelek Malaysia