YLC Trademark Agent Malaysia

PERKHIDMATAN KAMI

Sebelum kita mendalami perkara itu, anda mungkin ingin mengetahui tentang undang-undang Harta Intelek!!

Harta Intelek (IP) merupakan kategori harta yang merangkumi ciptaan manusia yang tidak ketara (intangible human creations). Terdapat banyak jenis hak harta intlek dan jenis yang paling terkenal di Malaysia ialah tanda dagangan, paten, Reka Bentuk Perindustrian dan Petunjuk Geografi.

Apakah cap dagangan??

 Menurut Akta Cap Dagangan Malaysia 2019, “cap dagangan” bermaksud sebarang tanda yang boleh diwakili secara grafik, termasuk sebarang huruf, perkataan, nama, tandatangan, angka, peranti, jenama, tajuk, label, tiket, bentuk barang atau pembungkusan, warna.  bunyi, bau, hologram, kedudukan, urutan gerakan atau mana-mana gabungannya.

Di YLC Trademark Consultancy, kami membekalkan pelbagai perkhidmatan berkaitan harta intelek seperti berikut:-

Carian dan Penentuan kelas barangan Cap Dagangan
Memfailkan permohonan untuk mendapatkan nasihat bertulis daripada Pendaftar
Nasihat atas isu Cap Dagangan dan litigasi
Pengisian borang Permohonan Cap Dagangan
Pembaharuan Cap Dagangan
Menyediakan perjanjian pelesenan dan penugasan
Perkhidmatan Pendaftaran Cap Dagangan secara Global (melalui Madrid system)
Mewakili Pemohon dalam Prosiding Penentangan (opposition proceeding)
Memfailkan permohonan untuk petunjuk geografi atau tanda pensijilan

Mengapa anda perlu mendaftarkan cap dagangan anda?

  • Untuk mendapatkan hak secara eksklusif untuk menggunakan cap dagangan.
  • Setelah didaftarkan, cap dagangan anda akan menjadi harta peribadi anda yang mampu diwarisi oleh waris/anak-anak anda.
  • Pendaftaran boleh meningkatkan nilai perniagaan anda kerana cap dagangan yang berdaftar boleh dipindahmilik kepada pihak ketiga melalui pelesenan atau assignment.
  • Semangat kekitaan yang tinggi dan ia akan menimbulkan keyakinan di kalangan rakan kongsi/pekerja anda.
  • Penguatkuasaan yang mudah apabila terdapat pelanggaran oleh pihak ketiga.

1

Carian Cap Dagangan

Pada peringkat awal, Ejen Cap dagangan kami akan memeriksa cap Dagangan anda dan menjalankan carian secara manual (s) dalam Jurnal IP Malaysia untuk mengenalpasti samada ada terdapat Cap Dagangan yang serupa/kemungkinan

Setelah pemeriksaan dan carian terhadap Cap Dagangan anda, Ejen Cap Dagangan kami akan menasihati anda berkenaan kebolehdaftaran Cap Dangangan anda dan memberikan cadangan yang praktikal untuk membuat pindaan (jika diperlukan) bagi tujuan mematuhi undang-undang atau peraturan yang ditetapkan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

(Biasanya mengambil masa 1-2 hari)

2

Memfailkan permohonan untuk mendapatkan nasihat bertulis daripada Pendaftar

Selepas ejen cap Dagangan kami berpendapat bahawa Cap Dagangan anda boleh didaftarkan, kami akan memfailkan permohonan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia untuk mendapatkan pendapat bertulis daripada Pendaftar.

Tujuannya adalah untuk meningkatkan kadar kejayaan permohonan cap dagangan kerana pendapat bertulis yang dikeluarkan oleh Pendaftar boleh digunakan untuk menyokong permohonan cap dagangan nanti, dan juga untuk mengelakkan pembaziran kos dan masa.

(Biasanya mengambil masa satu bulan)

3

Pemfailan Permohonan untuk mendaftarkan Cap Dagangan

Jika pendapat Pendaftar memihak kepada cap dangangan anda, kami akan terus untuk memfailkan permohonan anda dengan  kertas Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

Di bawah undang-undang sedia ada, kelas yang berbeza boleh difailkan melalui satu permohonan.

(Biasanya mengambil masa 1-2 hari)

 

4

Peperiksaan oleh MyIPO

Dalam peringkat ini, permohonan anda akan diperiksa oleh Pendaftar Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

Menurut Akta Cap Dagangan 2019, terdapat 2 peringkat peperiksaan.

Peringkat pertama dikenali sebagai Formality Examination, tujuannya adalah untuk memeriksa sama ada permohonan cap dagangan anda telah mematuhi semua keperluan formaliti.

Peringkat kedua dikenali sebagai Substantive Examination, tujuannya adalah untuk mengesahkan sama ada tanda perniagaan telah mematuhi semua undang-undang, peraturan dan dasar awam yang terpakai di Malaysia.

(Biasanya mengambil masa lapan bulan)

5

Penerbitan

Sekiranya cap  dagangan diluluskan oleh Pendaftar, cap dagangan anda akan diterbitkan dalam Jurnal IP Malaysia. *Link

Tujuan adalah untuk memberi peluang kepada mana-mana orang yang mempunyai kepentingan dalam cap dagangan untuk membantah permohonan tersebut.

Penerbitan akan berlangsung selama 2 bulan.

Sekiranya tidak ada sebarang bantahan oleh mana-mana orang, cap dagangan anda akan terus didaftarkan, dan anda boleh meminta satu sijil pendaftaran diisukan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia

(Biasanya mengambil masa 2-3 bulan)